Paparan

Majlis Amanat Tahun Baru 2024 Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad

Setapak – Majlis Amanat Tahun Baharu Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad 2024 dilaksakan bagi menerangkan hala tuju yang akan di bawa oleh tampuk kepimpinan tertinggi FELCRA Berhad. Daot’ Idris bin Lasim, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad menekankan supaya semua staf dapat berganding bahu dalam merealisasikan misi dan visi FELCRA Berhad.

Majlis Penyerahan Mock Cheque Bayaran Dividen Anak – Anak Syarikat

Alor Setar – Pengerusi FELCRA Berhad, YBhg. Dato’ Sri Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub, menerima bayaran dividen dari FELCRA Bekalan & Perkhidmatan Sdn Bhd sebanyak RM117,835.96. Majlis ini telah diadakan di Raia Hotel, Alor Setar, Kedah.

Majlis Demonstrasi Mesin Kubota (Implement Kenderaan)

Kluang – Satu Majlis Demonstrasi Jentera Pertanian telah dilaksanakan di Ladang FELCRA Berhad Kawasan Sungai Sepuluh. Turut hadir, Ketua Unit Mekanikal dan Ketua Unit Mekanisasi, Pejabat Pengarah Negeri FELCRA Berhad Johor, En. Shahrizan dan En. Jaki.