Melaka – FBPSB telah dijemput sebagai pempamer bagi Program Mini KUD @ D’Bendang yang berlangsung selama tiga hari dan bertempat di Kem Benteng Negara, Sungai Rambai. Terdapat banyak jualan barangan keperluan harian yang dijual di Booth FBPSB antaranya adalah beras super special tempatan FELCRA, minyak masak Hemat, dan pelbagai lagi. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, YBhg. Dato’ Idris bin Lasim dan pengurusan tertinggi FELCRA Berhad.